Type Here to Get Search Results !

Kenapa Anak-Anak Remaja Kita Rasa Terasing? Dengarlah Rintihan Mereka

Sebenarnya aku sangat terkesan dengan perkongsian Adlil Rajiah di laman facebooknya.Sebagai ibu bapa, kita sering merasa bahawa anak-anak remaja yang bermasalah adalah hasil dari tindakan atau sikap mereka yang tidak betul. Namun, jarang sekali kita bertanya kepada mereka apa sebenarnya yang mereka rasa dan fikirkan. 

Artikel ini menceritakan tentang tiga remaja yang berkongsi perasaan terpendam mereka terhadap ibu bapa—sesuatu yang mereka ingin sampaikan, tetapi tidak tahu bagaimana untuk meluahkan. 

Sebagai seorang dewasa luahan mereka ialah satu peringatan yang besar tentang kepentingan hubungan emosi yang erat antara ibu bapa dan anak-anak.

Kenapa Anak-Anak Remaja Kita Rasa Terasing
Imej:https://jiwadamai.com/2023/03/16/masalah-kesihatan-mental-remaja-doktor-anak-saya-sakit-ke/


Luahan 3 Remaja: Apa Yang Sebenarnya Mereka Perlukan dari Mak Ayah?

Saya bertanya kepada 3 orang anak remaja: apa yang mereka nak sangat beritahu pada mak ayah tapi tak tahu macam mana nak cakap.


Remaja pertama, 15-year-old girl jawab:
“Saya sedar saya banyak buat salah, banyak buat benda bodoh. Tapi bercakaplah dengan saya. Tanya khabar saya. Saya bukan orang jahat. Saya cuma budak yang tak tahu banyak benda. Walaupun nampak saya macam okay je, boleh berdikari, boleh jaga adik-adik, tapi saya masih perlukan mak ayah untuk peduli tentang saya.”

Tidak kira macam mana pun anak-anak kita pandai berdikari, seorang anak perlu perhatian dari ibu bapa. Kita yang dewasa tidak dapat perhatian dari suami atau isteri pun kita sedih, inikan pula anak-anak remaja.


Remaja kedua, 14-year-old boy jawab:
"Setiap kali saya tengok ayah saya, saya akan bayangkan ayah saya tanya “awak okay hari ni? Ada apa-apa yang buat awak stress?” Tapi saya sedar itu hanyalah imaginasi saya. Ayah saya bukan jenis macam tu. Sebab tu saya mula bercakap sorang-sorang dalam bilik. Supaya saya boleh berbual dengan ayah dalam imaginasi saya— saya jadi ayah, saya jadi anak. Kami dapat berbual mesra. Saya tak gila. Saya cuma takde cara lain untuk berbual dengan ayah tanpa rasa awkward."

Kadang kala ada ibu bapa yang kurang berkomunikasi dengan anak. Apabila anak nak ajak bersembang pun kita jawab sepatah kata saja. Apa perasaan kita sebenarnya apabila diperlakukan begitu? Kalau ibu bapa sendiri tidak sudi untuk mendengar luahan atau coretan anak-anak, mereka pasti akan mencari orang lain yang sudi mendengar luahan mereka.


Remaja ketiga, 17-year-old boy jawab:
“Mak ayah selalu kata saya bermasalah. Mungkin betul kata mereka. Mungkin saya ni memang membebankan. Tapi hari-hari saya rasa macam tengah hanyut di tengah lautan. Takde orang yang hulurkan tangan atau pelampung untuk tarik saya. I guess I just need connections.“

Hmm.

This is a huge wake-up call for all of us, as parents, teachers, adults.

Setiap kali saya diminta berbual dengan anak-anak sekolah rendah atau menengah yang menurut mak ayahnya “bermasalah atau problematic”, saya selalu bertemu dengan SATU JAWAPAN yang sama.

Takde anak yang memang berniat untuk jadi budak bermasalah. Takde anak yang memang NAK jadi problematic.

Almost every single time, anak jadi problematic disebabkan oleh— DISCONNECTION.

Sebelum Mengadu Anak Bermasalah, Tanyakan Pada Diri: Di Mana Kita Selama Ini?

Feeling disconnected from their safe place.
Feeling unheard, neglected by their parents.
Mereka tiada ‘tempat pulang’.

Wake up, parents.
Why do our teenagers feel this way?
Kita kat mana selama ni?
Kenapa anak boleh rasa terasing dengan mak ayah sendiri?

Kita distracted dan sibuk dengan apa sampai tak sedar anak rasa disconnected dari tempat pulangnya? Sampai anak perlu berimaginasi to fake the connection they needed.

Apa yang lebih kelakar adalah bila masih ramai ibu bapa yang mampu berkata, “Kena buat macam dulu-dulu balik kot. Pukul dengan tali pinggang, kurung dalam stor, ikat kat pokok. Baru reti beradab budak-budak ni.”

Seriously? Ajar anak beradab dengan cara kita menjadi biadap pada mereka?

Teringat saya pada satu kisah dalam kitab Tarbiyatul Aulad, apabila seorang bapa datang jumpa Saidina Umar untuk mengadu tentang anaknya yang derhaka. Tapi ini jawapan yang Saidina Umar beri pada bapa tersebut:

"Kamu datang mengadukan kederhakaan anak kamu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu."

Mungkin kita dulu yang perlu akui, jauh sebelum anak jadi bermasalah, kita dulu sebenarnya yang gagal faham peranan sebenar sebagai ibu bapa.

Tiada yang namanya ‘budak nakal’ atau ‘budak jahat’. Yang ada hanyalah anak yang sedang bergelut dengan dalaman dirinya sendiri, kerana tak dapat haknya untuk dibimbing dengan betul. Dan KITA SEMUA sedang berhutang dengan anak-anak ‘bermasalah’ ini.

Wake up, dear parents.
Parenting is NOT about raising children.
It’s about raising ourselves.

Beri peluang pada diri sendiri to reparent yourself and reboot your relationships with your children and teenagers. 

----

Alhamdulillah dan tahniah buat ibu bapa yang sentiasa menjadi pendengar yang baik buat anak-anak. Ramai ibu bapa yang mungkin tidak kisah betapa pentingnya connection dengan anak. 

Kita selalu minta anak-anak untuk faham kerja dan masa kita. Tetapi sebenarnya ibu bapalah yang perlu banyak luangkan masa dengan anak-anak. Apabila mereka dah meningkat dewasa anak-anak mungkin dah sibuk dengan kerja. Even nak jenguk mak ayah pun jarang. 

Apatah lagi apabila anak-anak dah berkahwin dan berkeluarga. 

Kita sebagai ibu bapa perlu lebih peka terhadap emosi dan keperluan anak-anak, dan bukannya terus menghukum atau mengabaikan mereka. 

Tiba masanya untuk kita mendidik diri sendiri agar lebih baik dalam membina hubungan dengan anak-anak, serta mengubah cara kita berinteraksi agar mereka tidak lagi merasa terpinggir atau tidak didengari.

Kadang-kadang, kita sebagai manusia memang perlukan sistem sokongan atau seseorang yang boleh kita luahkan segala masalah. Lebih-lebih lagi dengan ibu bapa sendiri. 

Buat remaja di luar sana, semoga kalian sentiasa kuat. Jangan salah memilih jalan hidup hanya kerana kekurangan kasih sayang atau apa jua cabaran yang dihadapi. Jadikan apa yang berlaku sebagai pemangkin semangat untuk terus berjaya, walaupun kadang-kadang kesannya sedikit sebanyak mengganggu emosi kita kini.

Semoga Allah permudahkan urusan korang semua.
Tags

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Macam tertampar saya membaca ini 😔😭. Langsung ingat kesibukan saya yg kadang melupakan anak2. Thank you sharingnya kak nurul.

    Sometimes sebagai parents hrs dapat cambukan dulu baru sadar, kalo sebenarnya salah kita lah hingga anak2 jadi merasa terasing. 😔

    BalasPadam
  2. Mcm parent rabia dia sentiasa ada disisi rabia. Byk kan berkomunikasi walaupun parent angkat but dia orang take care pasal rabia

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad