Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Hari ini aku nak kongsikan berita baik yang pasti akan menggembirakan ramai di luar sana.
Baru-baru ini, Ringgit Malaysia telah menunjukkan prestasi yang semakin kukuh berbanding lebih 24 mata wang lain di dunia!
Menurut berita dari Sinar Harian, Ringgit kini lebih kuat berbanding mata wang seperti USD, Saudi Riyal, Chinese Yuan, dan Thailand Baht. Hebat, kan?
Dengan kadar pertukaran semasa USD 1 bersamaan RM4.10, ini bermakna banyak manfaat yang boleh kita nikmati hasil daripada pengukuhan Ringgit ini. Jom kita lihat beberapa peluang yang boleh kita manfaatkan!
Sumber: Sinar Harian |
1. Harga Barangan Elektronik dan Teknologi Lebih Rendah
Dengan Ringgit yang lebih kuat, harga barangan elektronik yang diimport seperti telefon pintar, komputer riba, dan peralatan rumah akan menjadi lebih murah. Malaysia mengimport banyak komponen elektronik dari negara lain, terutama dari China dan negara-negara Asia Timur. Ini membantu rakyat Malaysia mendapatkan teknologi terkini dengan kos yang lebih rendah.
2. Beli Barang dari China Jadi Lebih Murah
Bagi korang yang gemar shopping dan mencari supplier barang murah-murah, ini adalah masa terbaik untuk berbelanja. Dengan Ringgit yang semakin kuat berbanding Chinese Yuan, harga barang dari China menjadi lebih berpatutan. Jadi, kalau korang tengah plan untuk borong barang dari China sekarang adalah waktu terbaik untuk berjimat!
3. Kos Umrah Semakin Rendah
Bagi yang ada impian untuk menunaikan Umrah, ini juga berita gembira! Dengan nilai Ringgit yang semakin kukuh berbanding Saudi Riyal, kos untuk menunaikan Umrah menjadi lebih rendah. Harga makanan, sewa hotel, malah barang-barang seperti jubah dan kurma di Mekah atau Madinah pun akan jadi lebih murah. Ini masa terbaik untuk korang yang sedang merancang perjalanan ke tanah suci!
4. Kos Bahan Api dan Pengangkutan Lebih Stabil
Malaysia merupakan negara pengeksport dan pengimport minyak mentah. Pengukuhan Ringgit membantu mengekalkan harga bahan api pada kadar yang lebih stabil walaupun terdapat kenaikan harga minyak global. Dengan kos bahan api yang lebih terkawal, perbelanjaan harian untuk pengangkutan seperti petrol, diesel, dan kos logistik untuk barangan runcit akan menjadi lebih stabil.
5. Beli Barang Bundle dari Thailand Lebih Jimat
Perniagaan bundle semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika korang berminat dalam bisnes bundle atau sekadar mahu membeli barang bundle, ini adalah masa yang sangat sesuai. Ringgit yang semakin kuat berbanding Thailand Baht bermaksud kos untuk borong barang bundle dari Thailand menjadi lebih murah.
Kesimpulan
Walaupun nilai Ringgit semakin kukuh, ingatlah untuk sentiasa merancang perbelanjaan dengan bijak. Kadang-kadang, bila tengok harga barang yang murah, kita mungkin teruja dan terbabas dari bajet. Jadi, pastikan korang membuat perancangan yang baik supaya dapat berjimat tanpa berbelanja berlebihan.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.