Setia di Jalan Kecil
Di dunia maya yang pantas bersinar,
Penulis maya lain beralih, penghasil karya merajai,
Namun aku di sini, setia dalam tulisan,
Di jalan kecil ini, aku terus melangkah, tak terganti.
Ujian nyata, penuh liku dan derita,
Penat tangan menari di atas papan kekunci,
Kata demi kata, kuukir dalam diam,
Namun hasilnya tak pasti, tetap juga berjuang.
Satu demi satu karya ku tulis,
Seakan memanggil bintang di langit malam,
Tetapi kadang sepi, tiada jawaban,
Hanya harapan yang tinggal, tak pernah hilang.
Aku tetap setia, meski tidak ramai,
Menulis di kanvas digital , biarpun di era baru,
Kerana dalam setiap bait dan rima,
Ada jiwa dan rasa, yang tidak boleh mati.
Jadi biarlah semua berganti,
Dengan pencipta konten yang terus bersaing,
Aku di sini, dengan pena di tangan,
Menulis dan berharap, setia hingga akhir.
07 Sep 2024, 2.30 AM | www.siinurul.com
dapat idea di pagi hari yaa👍👍
BalasPadamSaya pun tetap akan setia dengan menulis. Walaupun Orang2 dah pindah haluan ke media video, bagi saya media menulis masih jauh lebih menarik dan membuat rileks pikiran. ❤️. Krn memang passion saya di dunia tulis menulis.
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.