Kalau korang jenis yang guna pengering rambut setiap hari, mesti korang akan rasa leceh bila nak cari tempat nak letak pengering rambut tu, kan?
1. Tempat Simpan Yang Kemas
Yang paling best tentang hair dryer holder ni, korang tak payah pening kepala nak fikir kat mana nak letak pengering rambut lepas guna. Letak je kat holder, terus nampak kemas! Tak adalah wayar bersepah kat meja solek atau bilik mandi. Lagi satu, ruang pun jadi lebih tersusun.
2. Senang Capai Bila Nak Guna
Satu lagi kelebihan holder ni, dia memang praktikal. Bila kita dah pasang kat dinding atau cermin, anytime nak guna, terus je capai. Tak payah dah korek laci atau cari-cari kat meja yang penuh barang. Terutamanya kalau tengah rushing, memang sangat membantu.
Macam aku letak pengering rambut di luar bilik, jadi apabila ada tetamu yang tidur di rumah nak guna pun senang. Tak perlu nak tanya kalau nak guna.
3. Nampak Lebih Cantik & Tersusun
Kalau korang jenis yang suka bilik nampak cantik dan minimalis, hair dryer holder ni confirm buat korang happy. Rekaan dia selalunya sleek dan modern, memang match sangat dengan bilik mandi atau meja solek yang kemas. Nampak tersusun, mata pun sedap pandang!
4. Lebih Selamat
Ni paling penting – keselamatan. Kadang-kadang bila kita letak pengering rambut yang masih panas atas meja, ada risiko permukaan meja tu rosak. Dengan holder ni, korang boleh gantung pengering rambut dengan selamat sambil tunggu dia sejuk. Tak risau dah permukaan meja rosak.
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang mempunyai anak kecil, sekurang-kurangnya lagi selamat apabila letak pengering rambut di holder nie. Kanak-kanak tak dapat nak capai tempat yang tinggi.
Kesimpulan
Bagi aku, hair dryer holder ni memang wajib ada kalau korang selalu guna pengering rambut. Bukan je buat ruang nampak lebih kemas, tapi juga senang nak guna dan lebih selamat. So, kalau korang nak bilik nampak lebih teratur dan tak serabut, boleh consider untuk dapatkan satu!
boleh cari nie untuk anak bujang...dia yang pakai hair dryer, linda pun tak pernah beli..dia yang sibuk suruh beli.,..hahaha
BalasPadamBoleh la beli ni. Hair dryer anak dara duk simpan dalam drawer je. Nak guna baru la keluarkan.
BalasPadamaah la..selalu malas guna hair dryer sebab malas nak kemaskan lepas dah guna. kalau ada holder ni senang sikit kut..
BalasPadamNantilah nak cari. Jadi ingat di hotel2, biasa hair dryer memang disangkutkan di holder seperti ini. Memang jadi lebih rapi dan aman kan
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.