Assalamualaikum
Bismillah
Aku bukanlah seorang yang gemar dengan makanan dan minuman luar tetapi aku nak berkongsi tentang satu kedai yang baru dibuka di Pontian iaitu Momoyo. Momoyo mempunyai fokus yang kuat dalam menawarkan minuman teh yang unik dan disukai ramai.
Cawangan kedai Momoyo kini semakin berkembang di pelbagai kawasan, termasuk Pontian, dan mereka terkenal dengan pilihan minuman teh susu boba yang menjadi kegemaran ramai.
Menu Momoyo |
Jenis Minuman di Momoyo
Momoyo menawarkan pelbagai pilihan minuman, terutamanya Milk Tea antara yang popular. Antara varian utama yang boleh didapati di Momoyo ialah:- Milk Tea Series – Minuman ini menggabungkan rasa manis teh susu yang lembut dengan tekstur kenyal boba (tapioca pearls), memberikan kombinasi rasa yang menyegarkan.
- Fresh Fruit Tea Series – Selain teh susu, Momoyo juga menawarkan teh buah yang menyegarkan dengan campuran buah-buahan segar seperti limau, strawberi, dan mangga.
- Smoothies Series – direka untuk mereka yang mencari minuman yang lebih segar dan sihat.
- Milkshake Series – khas untuk penggemar minuman manis dan berkrim.
- Coffee Series – menyediakan pelbagai jenis kopi yang dihasilkan dengan biji kopi berkualiti tinggi, disediakan untuk memberikan rasa yang seimbang antara kekuatan kopi dan kelembutan susu.
- Minuman Khas – Momoyo turut menyediakan minuman edisi khas yang biasanya terhad dalam tempoh tertentu, memberikan pengunjung pilihan untuk mencuba sesuatu yang baru setiap kali mereka berkunjung.
Momoyo - Lemonade Zest Tea & Grass Jelly Milk Tea
1. Lemonade Zest Tea (RM7.60)
Lemonade Zest Tea di Momoyo adalah minuman yang menyegarkan, sesuai untuk mereka yang mencari sesuatu yang ringan tetapi bertenaga. Kombinasi teh dan lemon yang segar memberikan rasa yang sedikit masam tetapi tetap seimbang dengan manis teh.
Ia adalah pilihan yang ideal untuk cuaca panas, kerana rasa citrus dari lemon menambah dimensi yang menyegarkan setiap kali diminum.
Aku order No sugar with Coconut Jelly. Seriously walaupun tanpa gula rasanya tetap sedap. Rasa teh dan lemon seimbang. Biasanya kalau buat teh lemon sendiri di rumah, susah nak seimbangkan rasa teh dan lemon tu apatah lagi tanpa gula.
Jadi aku berpuas hati dan sangat memenuhi cita rasa aku.
2. Grass Jelly Milk Tea (RM8.50)
Jika korang menggemari minuman yang lebih pekat dan indulgent, Grass Jelly Milk Tea adalah pilihan yang terbaik. Minuman ini menggabungkan teh susu klasik dengan jeli cincau (grass jelly) yang lembut dan kenyal.
Rasa Milk Tea nie biasa seperti teh susu yang lain. Tetapi yang membuatkan ia sedap sebab kombinasi rasa teh yang seimbang dengan susu yang berkrim. Tidak terlalu manis dan sedap walaupun tanpa gula.
Jadi bagi aku walaupun tiada gula still sedap. Tambahan grass jelly memberikan rasa ringan tetapi dengan tekstur lembut yang menyenangkan.
Secara keseluruhan, aku berpuas hati jugalah dengan minuman Momoyo ini. Saiz minuman pun berbaloi dengan harganya.
Jika korang seorang pencinta minuman unik dan sedang mencari sesuatu yang menyegarkan atau berkrim, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Lemonade Zest Tea dan Grass Jelly Milk Tea di Momoyo.
Kunjungi cawangan Momoyo terdekat korang hari ini atau pesan secara online untuk merasai sendiri keunikan minuman mereka.
Langsung cari di jakarta ada tak. Ternyata adaaaa 😍😍😍. Nantilah nak coba. Kalo bisa tanpa gula, saya sukaa kak. Krn memang da berusaha cut sugar lah skr ini
BalasPadamWah nampak sedap je
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.