Panduan Lengkap Tukar CIMB Clicks ke CIMB OCTO

CIMB OCTO ialah aplikasi perbankan mudah alih terbaru yang diperkenalkan oleh CIMB untuk memberi anda pengalaman perbankan yang lebih baik dan lebih mesra pengguna.

Ianya dibangunkan berdasarkan maklum balas pelanggan, OCTO direka dengan ciri-ciri yang lebih peribadi dan mudah digunakan, supaya urusan perbankan harian menjadi lebih lancar dan selesa.

cimb-clicks-to-cimb-octo

Langkah Mudah Tukar CIMB Clicks ke CIMB OCTO

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk menukar dari CIMB Clicks ke CIMB OCTO:

1. Muat Turun Aplikasi CIMB OCTO

  • Pergi ke App Store (iOS) atau Google Play Store (Android) dan cari CIMB OCTO.
  • Muat turun dan pasang aplikasi ke dalam smartphone korang
Korang boleh juga buka melalui Cimb Clicks dan pilih icon CIMB OCTO.

Panduan Lengkap Tukar CIMB Clicks ke CIMB OCTO

2. Daftar/Log Masuk Akaun CIMB OCTO

  • Buka aplikasi CIMB OCTO
  • Pilih "Register" untuk pengguna baru.
  • Masukkan User ID bagi pengguna yang dah ada akaun. 
  • Masukkan Kata Laluan dan pastikan SecureWord korang betul. Tekan "Proceed" untuk log masuk.


CIMB Clicks ke CIMB OCTO

3. Tetapkan pilihan 

  • Pada bahagian ini korang boleh pilih SecureTAC, Quick Payment, Biometric dan tetapan lain samada nak ON/OFF
  • Kemudian tekan "Agree and Continue"
  • Tetapkan limit pembayaran (Maksimum sebanyak RM500)
  • Kemudian tekan "Confirm" untuk teruskan.

cimb octo tac verification

4.  Proses Pengaktifan CIMB OCTO

  • Seterusnya, TAC verifikasi akan dihantar melalui SMS di nombor telefon yang telah didaftarkan.
  • Masukkan Kod TAC untuk aktifkan CIMB OCTO. 
  • Seteleh itu, korang perlu tunggu selama 12jam untuk akaun diaktifkan.

cimb octo app

5. Lengkapkan Tetapan Aplikasi

  • Setelah akaun berjaya diaktifkan, korang boleh log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan korang.
  • Lengkapkan "App Setup" untuk Passcode, Biometric dan Duitnow ID.

Sekarang, korang boleh menggunakan CIMB OCTO untuk melakukan semua transaksi perbankan seperti pembayaran bil, pemindahan wang, dan banyak lagi.

Sekiranya korang pernah menggunakan CIMB Clicks, maklumat akaun dan transaksi terdahulu akan dipindahkan secara automatik ke CIMB OCTO.

Pastikan korang menyimpan maklumat log masuk dengan selamat. Jika menghadapi masalah semasa proses pertukaran, hubungi khidmat pelanggan CIMB untuk bantuan lanjut.

Notis Penting: Para Pelanggan Yang Dihargai, berkuatkuasa 24 Ogos 2024, CIMB akan mengubah alamat e-mel sedia ada kepada contactus@cimb.com. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk SINI


1 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Berhubung suami saya kerja di CIMB jakarta, jadi memang dari awal buka rekening CIMB, saya pun dah dibukakan langsung yg CIMB octo. Malah tak pernah rasakan pakai CIMB clicks. Suami yg pernah.

    So far sukaa pakai CIMB ini, Krn memang mudah. Dan karena saya rutin bolak balik jakarta KL atau Jakarta Penang, jadi tiap bayar2, pakai CIMB . Mudah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama