Assalamualaikum
Bismillah
Malam nie saja nak sembang santai. Tadi baru ja ternampak video shopee lalu. Ada seorang wanita, I'm not sure dah berusia atau masih muda, tetapi nampak macam mak-mak gitu sedang menolak kenderaan di plaza tol.
Serioulsy kesian tau.
Yang tukang rakam pula hanya tau rakam, tetapi tak nak tolong. Memang zaman sekarang nie rakam untuk buat konten lagi penting ya?
Dahlah rakam tak minta izin tuan punya badan.
Wanita tu tolak kereta sorang-sorang orang langsung tak pandang dan tolong ya. Kereta lalu sebelah tak kisah. Jalan terus ja.
Ke mana hilangnya perasaan simpati dan empati manusia sekarang?
Ada netizen yang komen "Kalau perempuan lawa, cantik, kejap jer orang datang tolong". Yang ini tidak dinafikan ya.
Teringat masa puasa tahun lalu, aku dan husband keluar nak beli juadah berbuka puasa. Tetiba pula kereta kami buat hal mati di tengah jalan. Memang langsung tak hidup ya. Mujurlah orang Pontian nie baik-baik belaka tolong tolak kereta kami.
Nak harap aku tolak memang tak bergeraklah kereta tu. Kalau tiada nak tolong memang sesak lah. Orang nak berbuka puasa kot.
Akhirnya kami tak sempat nak beli makanan untuk sungkai. Just pergi gerai yang terdekat dan minum air kelapa. Dah malam sikit abang ipar datang bawa kereta towing guna tali saja. Haha...
Then, tahun ni berlaku sewaktu berbuka puasa juga, selepas kami pergi bazar. Baru nak balik kereta pula tak hidup. Bayangkan nak minta tolong orang lain tak datang sebab sibuk nak sungkai.
Akhirnya aku dan husband berbuka puasa dalam kereta. Dalam 30minit macam tu kereta masih tak hidup ya. Gerai bazar semuanya dah tutup. Orang pun takda yang lalu lalang.
Mujurlah ada seorang pakcik cina lalu dekat kereta kami. Mungkin pakcik tu baru lepas habis joging. Dia tanya kalau perlukan bantuan.
Pakcik tu lah yang tolong tolak kereta kami. Alhamdulillah dengan izin Allah kereta pun hidup. Mujurlah ada orang yang sudi menolong waktu susah. Pengalaman ini buat aku sedar masih ada orang yang prihatin, tak kira bangsa atau agama. Pakcik Cina yang bantu tolak kereta tu, walaupun mungkin dia sendiri ada urusan lain, tetap berhenti untuk menolong. Itu yang buat hati rasa bersyukur sangat.
Momen-momen macam tu buat hati tersentuh tau. Kadang-kadang, orang yang tak kita sangka-sangka akan datang membantu.
Memang zaman sekarang dah banyak berubah. Kadang-kadang aku hairan dengan sikap sesetengah orang yang lebih utamakan content daripada membantu sesama manusia. Bayangkan dalam situasi macam tu, orang lebih suka rakam dan post di media sosial tanpa berfikir apa kesannya pada orang yang dirakam. Rasa simpati dan empati seolah-olah semakin pudar.
Semoga kita pun terus jadi orang yang ada rasa simpati dan empati, tak kira dalam situasi apa sekalipun. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, dan moga kita sentiasa ingat untuk saling membantu tanpa mengira masa atau tempat.
Pelik2 peel manusia zaman sekarang. Apa salahnya tolong sesama manusia. Apa la tujuan rakam tu. macam2.
BalasPadamharapnya lepas diorang rakam tu, terus turunlah tolong makcik tu. kesian kalau makcik cmtu dibiar tersadai tengah jalan sorang2
BalasPadamAnak2 skr harus ditekankan utk lebih peduli dan bukan mengedepankan konten semata. Videoin kalo sebagai bukti kita mengalami hal tidak enak, oke. Tp memvideokan orang lain hanya Krn nak viral, tak ada niat membantu, itu yg saya juga tidak setuju. Terkadang malah tak tahu masalahnya, just record, lalu seenaknya ditambahkan caption.
BalasPadamKenyataan terkadang beda jauh dari yg ditulis. Kan fitnah jadinya
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.