Type Here to Get Search Results !

Kita Tak Tahu Bila Masa Nanti Kita Akan Diuji

Kehidupan ini penuh dengan kejutan dan ujian yang tak terduga. Kadang-kadang, kita rasa semuanya berjalan dengan lancar, namun dalam sekelip mata, ujian datang tak terduga malah dalam keadaan yang kita sendiri tidak bersedia.

Setiap manusia pasti akan diuji, cuma bentuk dan waktu sahaja yang berbeza. Ada yang diuji dengan kesihatan, ada yang diuji dengan kehilangan orang tersayang, masalah kewangan, hubungan keluarga, dan ujian kesenangan. Kesenangan pun sebenarnya satu bentuk ujian. Bila kita senang, kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur dan ingat Tuhan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah Al-Baqarah 2:286)

Apabila buka facebook pagi tadi, banyaknya masalah yang berlaku sekarang. Risau dan takut tengok status kawan-kawan yang berkongsi di media sosial terutama sekali tentang masalah rumahtangga. Malah galak berkongsi aib pasangan masing-masing semacam jadi trend sudah sekarang nie.

Adapun mungkin tidak berkata mengenai rumahtangga sendiri tetapi mengata tentang rumahtangga orang lain atau keluarga orang lain.

Paling sedih bila tengok ramai pula yang komen mengata, tambah cerita, siap buat andaian sendiri. Astaghfirullah, kita tak takut ke? Apa yang kita tulis tu mungkin jadi asbab Allah uji kita pula nanti dengan perkara yang sama.

Kadang kata tak kisah pasal si polan dan si polan. tapi masih juga kita sibuk mengulas hal orang lain yang tak ada kaitan dengan kita.

Kita semua kena ingat, media sosial ni bukan tempat untuk kita meluahkan segala-galanya. Apa yang kita kongsi boleh beri kesan besar bukan saja pada kita, tapi pada orang lain juga. Bila kita tulis sesuatu di media sosial, fikirlah dulu kesannya.

Kadang-kadang niat kita cuma nak luah rasa kecewa, tapi sebenarnya kita sedang membuka ruang untuk orang lain menambah cerita atau buat andaian yang tak elok.

Menjaga aib orang lain sebenarnya menjaga maruah diri kita juga. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya

Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya. Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (2032) dalam Sunan-nya

Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. 

Maknanya, kalau kita jaga aib orang lain, Allah pun akan jaga aib kita. Bila kita buka cerita buruk orang, mungkin kita rasa puas sekejap, tapi kesannya boleh sampai ke akhirat kelak. Jadi, lebih baik kita jaga mulut dan jari kita di media sosial.

Sebagai manusia, kita perlu mengambil setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita sebagai satu pengajaran. Kisah-kisah yang kita baca dan dengar bukanlah untuk kita jadikan bahan gosip, tetapi untuk dijadikan iktibar.

Ingat, setiap ujian yang Allah bagi tu ada hikmah. Kadang-kadang kita tak nampak sekarang, tapi lama-lama kita akan sedar. Hidup ini putaran roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.

Kesimpulan

Kita memang tak tahu bila ujian akan datang, tapi kita boleh bersedia dengan hati yang tenang dan sabar. Jangan ikut trend buka aib di media sosial, sebab kita tak tahu apa yang orang lain lalui atau rasa. Apa yang kita tulis tu, setiap huruf ada akibatnya. Jadi, fikir dulu sebelum tulis.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah Al-Baqarah 2:286)

Bila diuji, jangan cepat putus asa. Teruskan berdoa dan berusaha. Amalkan doa ini.

Rabbana la-tua-khizna innasina au akhta’na

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Semoga kita sentiasa dalam lindungan-Nya dan terus menjadi lebih baik. 🌸


Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad