Setiap hujung tahun, ada satu perkara yang selalu dinantikan oleh penyimpan ASB macam aku iaitu pengumuman dividen! Bila ASNB umumkan dividen ASB 2024 sebanyak 5.75 sen seunit, terus rasa macam dapat bonus akhir tahun. Apa yang lebih menarik, ini adalah kadar tertinggi dalam lima tahun!
Alhamdulillah, sejujurnya, aku ni bukan jenis pelabur yang suka risiko tinggi. Jadi, ASB memang pilihan terbaik. Dengan kadar tetap (fixed price) dan dividen yang konsisten, aku tak pernah rasa rugi. Tahun ni, bila dividen naik ke 5.75 sen, terus rasa berbaloi sangat simpan duit kat sini.
Sebagai contoh mudah, kalau korang ada simpanan RM10,000 dalam akaun ASB, dividen tahun ni akan dapat:
RM10,000 x 5.75% = RM575
Walaupun nampak macam tak banyak, tapi bagi mereka yang melabur atau simpan setiap sen tu penting. Boleh guna untuk bayar bil, tambah tabungan, atau kalau nak reward diri sendiri, beli sesuatu yang dah lama diidamkan.
Sumber Bharian |
Kadang-kadang ada juga dengar orang kata, "ASB tak untung macam dulu." Tapi bila tengok dividen tahun ni, aku rasa yakin yang ASB masih jadi pilihan pelaburan yang selamat dan mampan.
Sebagai penyimpan ASB, aku berharap dividen akan terus kekal atau lebih baik. Apapun, tak kisah kalau ada turun naik, asalkan dalam tempoh 10-20 tahun, simpanan tetap berkembang.
Tips untuk Penyimpan Baru
Kalau korang baru nak mula menyimpan dalam ASB, ini beberapa tips:
- Konsisten Simpan Setiap Bulan: Tak perlu banyak, RM100 pun cukup. Lama-lama, akaun akan bertambah. Kalau tak mampu, simpanlah ikut kemampuan korang.
- Jangan Keluarkan Duit Selalu: Lagi lama duit anda ‘duduk’ dalam ASB, lagi banyak dividen yang korang boleh nikmati.
- Gunakan Saluran Online: ASNB ada portal dan aplikasi yang sangat mudah digunakan untuk semak baki dan transaksi.
Anda pula macam mana? Dah semak dividen ASB korang? Kalau belum, cepat-cepat log masuk ke portal ASNB atau aplikasi mereka. Jangan lupa, duit dividen tu akan masuk pada 1 Januari 2025.
Alhamdulillah
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.