Type Here to Get Search Results !

Doa Ketika Hujan yang Perlu Diamalkan

Doa Ketika Hujan

Hujan merupakan salah satu waktu mustajab untuk berdoa. Ketika hujan turun, perbanyakkanlah doa dan mohonlah apa sahaja hajat kerana ia adalah salah satu rahmat dari Allah SWT.

Doa Ketika Hujan

Daripada 'Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa:

 اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Allahumma shayyiban naafi‘an

Maksudnya: "Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat."

(Hadith riwayat al-Bukhari, no. 1032, an-Nasaie, no. 1532, Ibn Majah, no. 3890, Ahmad, no.23448)

Nabi SAW mengajarkan kepada umatnya apabila melihat hujan turun agar berdoa dengan doa ini. Bahkan berdoa ketika hujan adalah mustajab sebagaimana disebutkan daripada Sahl bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda:

"إِثْتَتَانِ لَا تُرَدَّانِ: الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَتَحْتَ الْمَطَرِ".

أخرجه الحاكم، كتاب الجهاد، حديث رقم 2534، عن سهل بن سعد رضي الله عنه، وقال: هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه.

Maksudnya: “Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.” (Hadith riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 2534)




Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad