Genap 5 tahun aku menggunakan domain siinurul.com. Selama hampir 9 tahun menulis blog, tak sangka aku masih bertahan walaupun dengan perkembangan era digital yang semakin hari semakin mencabar buat penulis blog seperti aku.
Aku tiba-tiba terdetik untuk menulis artikel seperti yang dinyatakan dalam tajuk itu "Adakah Blog dan Domain Sendiri Masih Berbaloi di Tahun 2025??"
Bagi para rakan blogger sekalian, yang dah lama berkecimpung dalam dunia blogging, korang pernah terdetik tak dalam hati untuk berhenti menggunakan domain yang korang guna sekarang?
Sebenarnya sebelum aku renew domain blog ini, aku hampir memilih untuk tidak renew domain blog siinurul.com. Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira banyak aspek aku akhirnya memilih untuk teruskan sahaja menggunakan domain.
Kenapa Aku Hampir Tidak Renew Domain?
Jujurnya, keputusan untuk renew atau tidak renew domain ini bukanlah mudah. Banyak faktor bermain dalam fikiran aku:
1. Kos Domain: Berbaloi atau Tidak?
Walaupun kosnya tidaklah terlalu mahal, aku mula terfikir sama ada ia berbaloi untuk diteruskan, terutama bila melihat persaingan dari media sosial dan platform lain.
Pertama sekali, aku ada 3 blog yang menggunakan domain. Dan memilih salah satu untuk tidak menggunakan domain juga adalah sukar kerana ketiga-tiga blog mempunyai niche dan kekuatan yang berbeza.
Walaupun blog ini lebih lama dan mempunyai trafik yang tinggi, dua blog aku yang lain juga mempunyai trafik yang konsisten dan baik.
Setiap tahun aku kena simpan RM180 untuk blog aku. Renew domain tetapi tidak mempunyai hasil dari blog.
2. Trend Blogging: Di Mana Kita Sekarang?
Aku perasan ramai blogger lama yang aku kenal mula beralih kepada media sosial atau berhenti menulis sepenuhnya. Blog yang dulunya aktif, kini sunyi. Apa yang popular dahulu mungkin tidak lagi relevan sekarang.
Dulu blog sering digunakan sebagai diari peribadi untuk berkongsi pengalaman, cerita harian, atau pandangan. Sekarang pula, blog niche lebih diminati kerana pembaca mencari kandungan spesifik yang memberi nilai.
Dulu blog adalah platform utama untuk berkongsi maklumat. Media sosial hanya digunakan untuk promosi ringkas. Sekarang media sosial seperti Instagram, TikTok, dan YouTube menjadi platform utama untuk menarik audiens.
Kalau dulu SEO tidak begitu kompleks. Artikel yang disertakan kata kunci beberapa kali sudah mencukupi untuk berada di halaman pertama Google. Sekarang Algoritma Google lebih kompleks. Blog perlu memenuhi kriteria seperti search intent, mobile-friendly, dan core web vitals.
Trend blogging yang berubah memerlukan blogger untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan keperluan pembaca dan teknologi.
3. Motivasi yang Hilang: Realiti Blogger Hari Ini
Ada masa aku rasa kurang semangat untuk menulis. Ditambah pula dengan cabaran SEO dan trafik yang tidak menentu. Nak kekalkan momentum dan semangat berblog itu susah.
Antara ebab mengapa ramai blogger mengalami keletihan atau kehilangan semangat untuk terus menulis ialah Algoritma Google yang sering berubah menyebabkan blog sukar untuk mengekalkan kedudukan di halaman pertama carian.
Bila trafik menurun, blogger mula rasa usaha mereka tidak dihargai. Artikel yang dihasilkan dengan bersungguh-sungguh tidak mendapat pembaca seperti yang diharapkan. Trafik sangat penting bagi blogger yang menjana pendapatan dengan menulis blog.
Dengan persaingan yang semakin sengit, blogger perlu menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menarik tetapi juga dioptimumkan untuk SEO. Akhirnya diri sendiri rasa terbeban dan keletihan untuk memikirkan idea kretif kerana sentiasa perlu menulis artikel yang “sempurna”.
Selain itu pendapatan yang tidak stabil. Sebelum ini pun memang tak berapa nak stabil pun cuma kali ini teruk sangat. Bila usaha tidak setara dengan hasil, motivasi untuk terus menulis boleh hilang.
Kenapa Aku Pilih Untuk Renew Domain?
Tetapi akhirnya, aku memutuskan untuk renew domain siinurul.com kerana beberapa sebab penting:
1. Identiti dan Jenama
Domain ini adalah sebahagian daripada diri aku. Nama siinurul.com sudah sinonim dengan perjalanan blogging aku selama ini. Malah hampir semua media sosial aku menggunakan nama Sii Nurul.
Aku rasa rugi kalau ada yang ambil nama domain ini kerana nilai yang ada. Even aku jual dan dapat 5k still tidak berbaloi dengan apa yang aku telah usaha selama ini.
2. Kandungan Evergreen
Banyak artikel lama yang masih relevan dan memberi manfaat kepada pembaca, terutamanya yang pernah menduduki carta teratas carian Google. Sayang rasanya jika semua itu hilang begitu sahaja.
Namun, aku juga sedar bahawa ada artikel lama yang sudah tidak sesuai dengan kehendak pembaca masa kini.
Aku sedang menyemak semula artikel lama untuk memastikan kandungannya kekal relevan dan memberi nilai kepada pembaca, serta memperbaiki artikel yang perlu
Proses ini bukan mudah banyak perkara yang perlu diperbaiki agar blog kekal relevan mengikut perkembangan semasa.
3. Platform Milik Sendiri
Tidak seperti media sosial yang tertakluk kepada polisi platform, blog adalah ruang milik aku sepenuhnya. Aku bebas berkongsi apa sahaja tanpa rasa risau tentang algoritma atau sekatan tertentu.
Dan blog sebenarnya lebih kemas dan tersusun serta mudah untuk mencari artikel yang aku mahukan berbanding media sosial.
4. Harapan Masa Depan
Aku percaya blog masih mempunyai tempatnya di era digital yang serba pantas ini. Meskipun cara penyampaian kandungan semakin berubah, nilai sebuah blog tetap tidak terganti.
Walaupun persaingan dengan media sosial dan kandungan video semakin sengit, aku yakin blog mempunyai pembacanya yang setia. Ada orang yang lebih suka membaca dan merenung isi kandungan berbanding menonton video yang bersifat segera.
Aku mahu terus menulis blog, kerana menulis adalah sebahagian daripada diri aku. Walaupun trend berubah dan ramai beralih ke video atau platform lain, aku percaya ada keindahan dalam menyampaikan cerita melalui tulisan.
Blog bukan sekadar medium; ia adalah warisan digital yang aku ingin tinggalkan—tempat di mana idea, pengalaman, dan ilmu dapat terus hidup, melangkaui waktu dan perubahan teknologi.
Adakah Relevan Menggunakan Domain di Tahun 2025?
Walaupun media sosial seperti Instagram, TikTok, dan YouTube semakin popular, pada pendapat aku, menggunakan domain sendiri masih sangat relevan di tahun 2025, walaupun kita berada di era media sosial yang pesat berkembang.Hal ini demikian kerana kita memiliki kawalan penuh terhadap blog.
Bagi rakan-rakan blogger di luar sana, aku faham kalau korang rasa blogging semakin mencabar. Tapi percayalah, selama mana kita masih ada minat dan semangat untuk berkongsi, blog kita akan tetap relevan.
"Era digital mungkin berubah, tetapi keaslian dan nilai kandungan tetap menjadi raja." 😊
Jadi, adakah korang rasa blog dengan domain sendiri masih relevan? Atau korang ada pandangan lain? Jom kongsikan pendapat di ruangan komen!
Bagi rakan-rakan blogger di luar sana, aku faham kalau korang rasa blogging semakin mencabar. Tapi percayalah, selama mana kita masih ada minat dan semangat untuk berkongsi, blog kita akan tetap relevan.
"Era digital mungkin berubah, tetapi keaslian dan nilai kandungan tetap menjadi raja." 😊
Jadi, adakah korang rasa blog dengan domain sendiri masih relevan? Atau korang ada pandangan lain? Jom kongsikan pendapat di ruangan komen!
Sy masih lg renew domain sebab sayang nickname tersebut.. xde jana income pasif pun.. ada pun setahun sekali tp sy tetap menulis utk memori masa depan, tambahan anak² pun dah pandai search cerita mereka sendiri masa kecil di blog ibu
BalasPadamSaya masih kekal guna domain sbb penjenamaan diri...
BalasPadamSama la k.wani pun macam nurul jugak. tahun lepas nak renew domain berjuta kali fikir. Lastly, renew jugak. rasa macam blog ni dah jadi orang kedua dalam alam maya. walaupun realitinya tubuh kat atas dunia :D.. Semoga kita sama-sama semangat ya Nurul..
BalasPadamSaya masih gunakan domain sendiri. Akan terus guna utk penjenamaan diri. Dah lama guna, sayang pula.
BalasPadammcm ledi. blog ledi ni ldy x byr ape2.. adkh suatu hari nnti ia akan dipadamkan dari alam maya ni ek? (just soalan untuk kepastian)
BalasPadamammi cuma ada satu blog, jadi ammi renew je domain. risau juga kalau tak renew jadi macam blog lama yg tetiba 'diremove' tanpa notis dan rayuan pun tak diterima.
BalasPadamTak boleh komen bab domain sebab saya cuma guna yang percuma.
BalasPadamYang pasti, platform blog masih relevan sebab bukan semua orang ada Fb/Ig/Tiktok dll. Masih ramai yang cari info menerusi blog. Paling penting, tujuan saya menulis sebagai satu kenangan dan rujukan sendiri pada masa akan datang.
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.