Type Here to Get Search Results !

Berbaloi Tak Jual Blog Dengan Harga RM3500?

Dalam sejarah berblog, ini kali pertama kali tidak menulis sehingga sebulan. Biasanya walaupun tak update blog, pasti ada saja artikel yang ditulis biarpun sekadar lirik lagu atau artikel guest post. 

Sepanjang bercuti menulis ini lebih banyak tenangkan fikiran dan habiskan banyak masa bersama keluarga. Dah lama tak balik, Alhamdulillah awal tahun nie berpeluang dapat balik ke Sabah. Ini pun baru saja habis bercuti dan kembali menulis blog.

Apabila lama tak menulis memang ambil masa sedikit untuk kembalikan mood dan semangat menulis.

Seperti biasa sebelum nak menulis apa-apa di blog aku memang suka semak email malah tahu ada job guest post ke atau servis blog ke. Tetiba dapat email ada yang nak membeli blog aku dengan harga RM3500.

Blog ketiga aku www.belajarbuatblog.com sebenarnya belum sampai 3 tahun lagi. Soalnya, nak jual blog dengan harga RM3500 berbaloi tak?

harga jual blog

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Menjual Blog

Dalam situasi ini, terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan:

1. Trafik dan Potensi Monetisasi

Jika blog itu sudah menjana pendapatan melalui AdSense, affiliate, atau servis lain, mungkin lebih baik teruskan kerana nilainya boleh meningkat lebih tinggi pada masa depan. Jika blog masih belum menghasilkan pendapatan yang stabil, barulah boleh pertimbangkan untuk menjualnya.

So far, walaupun blog dah masuk 2 tahun, blog belum menjana pendapatan yang stabil lagi. Iklan adsense dah lama lulus cuma nak tingkatkan pendapatan itu mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi. 

Tambahan lagi dengan artikel yang jarang post. Entah bila dapat cashout.


2. Emosi dan Usaha Yang Dituangkan

Setiap blog yang dibina pastinya mempunyai usaha dan nilai sentimental tersendiri. Jika masih boleh dikembangkan, sayang untuk jual dengan harga yang terlalu murah. Namun, jika sudah tiada motivasi untuk meneruskan, menjualnya mungkin satu pilihan.

Walaupun blog tidak mempunyai artikel yang banyak tetapi dari segi trafik, blog tersebut mempunyai pelawat yang konsisten cuma tidaklah banyak. Hal ini kerana blog ini berfokus dengan niche yang spesifik. 

Niche yang berfokus memang mengambil masa yang panjang untuk menulis artikel yang berkualiti. Jadi apa yang aku lihat, blog mempunyai potensi untuk jana income lebih pada masa akan datang sekiranya dioptimumkan dengan sebaiknya.


3. Kos dan Masa Pengurusan

Menguruskan blog memerlukan masa dan kos tertentu seperti domain, template dan penulisan artikel. Jika blog itu membebankan dan RM3500 boleh digunakan untuk projek lebih besar, maka boleh dipertimbangkan untuk menjualnya.

Tetapi disebabkan potensi monetisasi, trafik yang konsisten dan blog mempunyai pembaca yang tersendiri maka aku rasa menjual dengan harga RM3500 tidak berbaloi buat masa sekarang. Melihat dari aspek potensi jangka panjang, mungkin lebih berbaloi untuk terus membangunkan blog tersebut atau mencari tawaran lebih tinggi. 


Berapa Harga Yang Berpatutan?

Harga jual blog biasanya dinilai berdasarkan beberapa faktor seperti:
  • Usia blog – Semakin lama blog bertahan, semakin tinggi nilainya.
  • Jumlah trafik bulanan – Jika trafik tinggi, nilai blog meningkat.
  • Pendapatan bulanan – Blog yang sudah menjana pendapatan biasanya boleh dijual pada harga 3 kali ganda pendapatan bulanannya.
  • Kualiti SEO – Jika blog sudah mempunyai banyak backlink berkualiti dan ranking yang baik di Google, harga jualannya boleh lebih tinggi.

Jika melihat dari sudut harga, RM3500 agak rendah jika blog mempunyai trafik yang stabil dan potensi monetisasi yang baik. Namun, jika blog itu tidak lagi diuruskan dengan baik atau sukar untuk berkembang, menjualnya mungkin pilihan yang terbaik. 


Tags

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad