Type Here to Get Search Results !

iPad Air 5th Generation

Aku Pengguna Setia Android, Tapi Kali Ini Guna iPad Air 5!

Aku merupakan pengguna setia Android. Ini kali pertama aku guna iPad Air 5. Sejujurnya, aku sebenarnya lebih berkenan dengan Samsung Galaxy Tab S9, tapi entahlah kenapa aku beli yang ni pula. Haha.

Aku tak reti nak buat review gajet secara teknikal, so aku cuma kongsi pengalaman aku sendiri ja.

iPad Air 5th Generation

iPad Air 5 – Apa Yang Best?

  • Skrin Cantik – Skrin 10.9 inci Liquid Retina, warna terang, gambar tajam. Memang puas hati tengok video atau buat kerja.

  • Cip Laju – Guna Apple M1 chip. So, nak edit video, buat design, atau multitasking pun smooth je.

  • Kamera Belakang: 12MP, boleh rekod video 4K – sesuai kalau nak rakam content.

  • Kamera Depan: 12MP (Ultra Wide) + Center Stage – masa video call, kamera automatik follow muka kita supaya sentiasa kat tengah.

  • Touch ID – Buka kunci iPad guna cap jari kat butang power. Senang dan selamat!

  • Support Apple Pencil & Magic Keyboard – Nak buat nota, lukis, atau taip macam laptop? Boleh connect terus!

  • Wi-Fi 6 & 5G – Internet laju, especially kalau ambil versi yang ada 5G.

  • Warna Menarik – Ada pilihan Biru, Ungu, Starlight, dan Space Grey.

Pengalaman Aku Dengan iPad Air 5

Sebenarnya, aku ni dah terbiasa dengan Android. Jadi, agak awkward jugalah guna iPad ni pada awalnya. Banyak benda kena biasakan, terutama UI dia yang berbeza dari Android.

Setakat ni, aku guna iPad ni lebih kepada menonton anime dan video. Nak buat kerja blog atau konten pula, masih takda Apple Pencil dan keyboard, so kurang feel dia. Tapi kalau ada aksesori tu, rasanya lebih mudah nak guna untuk kerja.



Dari segi kamera, aku bukan jenis yang selalu ambil gambar dengan ipad nie, tapi aku try juga snap beberapa gambar random. Kualiti dia okay, sharp, dan sesuai kalau nak ambil gambar dokumen atau buat video call.



Kesimpulan – Berbaloi Tak Beli?

Kalau tanya aku, iPad Air 5 ni masih berbaloi untuk dibeli, terutama kalau nak tablet yang laju dan bateri tahan lama. Tapi kalau nak yang latest, sekarang dah ada iPad Air 6. Bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing lah.

Kalau korang tengah berkira-kira nak beli iPad ni, boleh check harga & info lanjut kat Apple Malaysia.

Tags

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad