Type Here to Get Search Results !

YouTube Shopping Affiliate: Cara Mudah Jana Pendapatan di YouTube

YouTube Shopping Affiliate

Nak buat duit di YouTube tanpa perlu hasilkan produk sendiri? Dengan YouTube Shopping Affiliate, korang boleh menjana pendapatan sambil bantu penonton cari produk yang mereka perlukan!

Bila korang tag produk dalam video, penonton boleh terus tengok harga dan beli tanpa perlu keluar dari YouTube. Lagi best, setiap kali ada pembelian melalui pautan korang, korang akan dapat komisen!

Apa Itu YouTube Shopping Affiliate?

Program ini membolehkan korang mempromosikan produk dari Shopee dan platform lain secara terus dalam video YouTube. Ia seperti affiliate marketing biasa, tapi lebih mudah sebab penonton boleh terus beli tanpa tinggalkan video korang.

Kelebihan Program YouTube Shopping

Nak tahu apa lagi kelebihan program ni?

Senang bantu penonton cari produk – Bila korang tag produk, penonton boleh terus klik dan beli tanpa perlu cari satu-satu.

Lagi banyak peluang jana pendapatan – Kandungan korang akan lebih mudah ditemui oleh jenama dan penonton lain, meningkatkan potensi pendapatan.

Fokus lebih kepada buat content – Tak perlu susah payah urus link, semua boleh diuruskan dalam YouTube Studio.


Syarat Kelayakan YouTube Shopping

Untuk dijemput ke program ini, korang mesti memenuhi syarat berikut:

✔ Channel YouTube korang mesti dah join YouTube Partner Programme.
✔ Ada lebih daripada 10,000 subscribers.
✔ Berasal dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Korea Selatan atau Amerika Syarikat.
✔ Channel korang bukan saluran muzik atau berkaitan dengan rakan kongsi muzik.
✔ Kandungan bukan “Made for Kids” atau terlalu banyak video khas untuk kanak-kanak.

YouTube Shopping Affiliate

Cara Menyertai Program YouTube Shopping Affiliate

Jika korang telah memenuhi syarat kelayakan, boleh mendaftar melalui YouTube Studio:

1️⃣ Buka YouTube Studio
2️⃣ Pergi ke tab “Earn” 
3️⃣ Kalau layak, akan ada pilihan untuk daftar program ni. Klik “Get Started” 
4️⃣ Klik “Turn On” (Aktifkan) dan setuju dengan Terma & Syarat.
5️⃣ Siap! Korang dah boleh mula tag produk dalam video.


Nota: Program ini belum dibuka untuk semua, tapi kalau nak cuba daftar awal atau cadangkan jenama tertentu, boleh isi borang yang disediakan. Tapi, isi borang tak semestinya confirm dapat jemputan ya!


Cara Mula YouTube Shopping

Tag Produk di Video Baru ataupun Video Lama

Cara Mula YouTube Shopping
  • Tag produk dari Shopee di video baru ataupun video lama yang ingin korang promosikan.
  • Penonton A klik produk dari fungsi YouTube Shopping lalu membuat pesanan di Shopee.
  • Mendapat komisen dari harga barang yang dibayar pengguna A.


Cara Mempromosikan Produk di YouTube

Cara Mempromosikan Produk di YouTube

Korang boleh tag produk di video baru atau lama untuk mula jana pendapatan:
  • Cari produk yang ingin dipromosikan di Shopee atau platform lain.
  • Salin & tampal pautan produk pada search bar tagging produk di YouTube Studio.
  • Tag sehingga 30 produk untuk video pendek & 60 produk untuk video panjang.
  • Bila penonton klik dan beli, korang akan dapat komisen!

Kalau korang dah layak, jangan lepaskan peluang ni! Terus daftar di YouTube Studio dan mula jana pendapatan sekarang!

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad